Mukaddimah

Aku belajar di SMK Ismail Petra, Kompleks Sekolah-Sekolah, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1977 - 1978 (Tingkatan 4 dan 5). Aku ditempatkan di dalam kelas 5N1. Gambar di bawah menunjukkan rakan-rakan sekelas aku. Semuanya telah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Ada yang menjadi pensyarah, doktor, guru dan lain-lain jawatan dalam sektor awam dan swasta.

Majlis Tautan Kasih - ReUnion Kelas 5N1 SMIP 1978 Kali Pertama

15 Mac 2020 (Ahad) : Majlis Tautan Kasih - ReUnion Kelas 5N1 SMIP 1978 telah diadakan di Dewan Rebana 2, Hotel BlueWave, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Aku, isteri, anak perempuan, menantu dan cucu menghadiri majlis tersebut. Majlis berlangsung dalam suasana ceria dan meriah. Kami bertemu setelah berpisah selama 42 tahun.
Duduk dari kanan : Rapiah, Rohana, Wan Azizah, Zalikar, Nooreha, Aminah
Barisan tengah dari kanan : Aziz, S
heikh Ezani, Tengku Aziz, Maktar, Samsuddin, Mohd Zain
Barisan belakang dari kanan : Razali, Razak, Nik Azmi, Mohd Asri, Mohd Azri

Berjumpa Razali Mahmood

20 Ogos 2018 (Isnin) : Tanpa temu janji, aku dan Razali berjumpa di sebuah restoran di Kampung Apal, Jertih, Besut, Terengganu. Aku dan keluarga singgah di restoran itu untuk makan malam. Razali dan keluarga sedang menjamu selera.